Jawapannya bukan kerana mereka tidak pandai. Jawapannya kerana anda dan mereka bercakap dalam gaya yang berbeza. Assessment VAKD NLP adalah alat diagnostik yang digunakan SRA untuk bantu pemimpin dan team faham gaya komunikasi masing-masing.
Anda rasa frustasi. Bukan sebab orang itu tidak cuba, tapi gaya penyampaian anda tidak sepadan dengan cara dia menerima maklumat.
Satu mesej, banyak tafsiran. Tanpa tahu gaya VAKD team, ini akan berlaku berulang kali.
Ilmu disampaikan, tapi tidak diserap. Kemungkinan besar gaya penyampaian tidak sepadan dengan gaya pembelajaran peserta.
Setiap manusia menerima dan memproses maklumat secara berbeza. Ada yang perlu melihat, ada yang perlu mendengar, ada yang perlu merasai, dan ada yang perlu data. Kajian NLP menunjukkan apabila gaya komunikasi pemimpin sepadan dengan gaya penerimaan team, arahan lebih mudah difahami, diingati, dan dilaksanakan.
"Diagnosis yang tepat adalah permulaan kepada perubahan yang benar-benar berlaku."
Setiap huruf mewakili satu gaya komunikasi dan pembelajaran yang unik. Setiap individu dalam pasukan anda mungkin dominan dalam gaya yang berbeza.
Memproses maklumat melalui gambar, carta, warna, dan gambaran mental. Lebih mudah faham bila dapat lihat contoh atau ilustrasi.
Memproses maklumat melalui bunyi, perkataan, dan nada suara. Lebih mudah faham bila mendengar penjelasan atau berbincang secara lisan.
Memproses maklumat melalui perasaan, sentuhan, dan pengalaman. Lebih mudah faham bila boleh cuba, praktik, atau rasa sendiri.
Memproses maklumat melalui logik, data, dan sistem. Lebih mudah faham bila ada fakta, langkah teratur, dan alasan yang masuk akal.
Assessment VAKD NLP ini digunakan sebagai alat pra-training dan coaching untuk bantu pemimpin dan team memahami diri dan satu sama lain sebelum program bermula.
Peserta menjawab 40 soalan berstruktur yang mendedahkan gaya dominan dan sekunder komunikasi mereka secara individu.
Setiap orang dapat laporan profil lengkap, termasuk kekuatan gaya mereka, cara mereka belajar, dan cara terbaik untuk berkomunikasi dengan mereka.
Gunakan Template Team VAKD Mapping untuk lihat komposisi gaya komunikasi dalam pasukan dan kenal pasti potensi jurang komunikasi yang wujud.
Pemimpin dan trainer guna data VAKD untuk sesuaikan cara mereka berkomunikasi, memberi arahan, dan menyampaikan latihan mengikut keperluan sebenar pasukan.
Dokumen berstruktur yang bawa individu dan pemimpin dari tidak kenal gaya komunikasi diri kepada faham diri, faham orang lain, dan tahu cara sesuaikan.
Assessment 40 soalan berstruktur yang mendedahkan gaya dominan dan sekunder setiap individu dalam pasukan.
Penjelasan lengkap keempat-empat gaya supaya setiap individu memahami diri sendiri dan orang sekeliling mereka.
Panduan praktikal cara menyesuaikan gaya komunikasi mengikut gaya penerimaan orang lain dalam pelbagai situasi.
Panduan khas untuk pemimpin, HR, dan trainer cara gunakan VAKD untuk tingkatkan keberkesanan komunikasi dalam pasukan.
Template eksklusif untuk petakan gaya komunikasi keseluruhan pasukan dan bantu pemimpin buat keputusan komunikasi yang lebih tepat.
Selepas pembayaran melalui OnPay disahkan, anda akan terima PDF assessment melalui email yang anda daftarkan semasa pembelian. Pastikan email yang diisi betul.
Assessment soalan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit. Baca keseluruhan PDF mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga satu jam bergantung pada rentak anda.
Tidak. VAKD NLP adalah berbeza. Ia bukan assessment personaliti umum, sebaliknya fokus khusus kepada gaya komunikasi dan penerimaan maklumat berdasarkan kerangka NLP. Hasilnya lebih praktikal dan boleh terus diaplikasikan dalam komunikasi harian dan latihan.
Ya. Setiap individu dalam pasukan perlu membeli satu PDF untuk diri mereka sendiri. Selepas semua ahli team lengkapkan assessment, gunakan Template Team VAKD Mapping yang disertakan untuk petakan dan analisa komposisi gaya keseluruhan pasukan.
Boleh. WhatsApp kami di 019-956 8540. Kami bantu jawab sebelum anda membuat keputusan.