Satu malam, panggilan telefon itu masuk. Mak sedang kritikal di sebuah hospital di Makkah. Saya sangka saya akan kehilangan dia. Allah beri saya sesuatu yang jauh lebih besar.
Jika kalian membaca buku ini ketika ibu masih hidup, peluklah dia.
Jika kalian membaca buku ini selepas ibu pergi, sedekahkanlah Al‑Fatihah buatnya.
Dan jika kalian membaca buku ini kerana sedang diuji, semoga kalian juga menemui Allah, sebagaimana saya menemui‑Nya.
Ya Allah, saya tidak meminta untuk pergi haji. Saya cuma mahu berkhidmat kepada mak saya. Kalau itu baik di sisi‑Mu, bawalah saya ke sana.
Doa itu dimakbulkan, bukan dengan jawapan, tetapi dengan satu perjalanan yang mengubah segalanya. Apa yang berlaku selepas itu, kami biarkan anda temui sendiri di dalam buku.
Kami tidak akan bocorkan apa yang berlaku. Tapi ini sedikit gambaran, supaya anda faham beratnya perjalanan ini.
Itu sahaja masa yang ada untuk Coach Roslan berlepas, selepas menerima berita mak kritikal di sebuah hospital di Makkah.
Detik paling mengharukan sepanjang perjalanan ini. Kami sengaja tidak ceritakan di sini, ia perlu dibaca, bukan diringkaskan.
Jarak yang disusuri di bumi Makkah, hanya untuk mencari semangkuk bubur buat mak yang sedang lemah.
Bukan sekadar bacaan. Ini pengalaman yang mungkin mengubah cara anda memandang ibu bapa anda sendiri.
Anda akan menangis, tapi anda juga akan pulih. Itu janji sebuah kisah yang jujur.
Selesai membaca, kemungkinan besar perkara pertama anda buat ialah mengangkat telefon, menghubungi ibu atau bapa anda.
Kisah benar, bukan rekaan. Setiap detik yang anda baca benar‑benar berlaku kepada penulisnya sendiri.
Ringkas dan padat, sesuai dihabiskan dalam sekali duduk, waktu senggang atau sebelum tidur.
Hadiah yang bermakna buat sesiapa sahaja yang anda sayangi, sebagai peringatan untuk menghargai ibu bapa selagi ada.
Pengajaran tentang doa dan tawakal, ditulis dari pengalaman sebenar, bukan teori di atas kertas.
Coach Roslan Faizee ialah NLP Trainer dan Human Development Coach, serta pengasas bersama Success Revolution Academy (SRA). Beliau turut menulis buku Talk That Sells.
Namun Anak Musafir berbeza daripada semua yang pernah beliau tulis. Ini bukan buku tentang teknik atau strategi. Ini catatan paling peribadi yang pernah beliau kongsikan, tentang seorang anak, seorang ibu, dan perjalanan mengenali Allah dengan lebih dekat.
Bayaran selamat · Ebook akan dihantar terus ke emel anda