Law of Attraction, antara alam semesta & Allah.
Sebuah buku 147 halaman, 14 bab, dan satu program 40 hari, untuk membetulkan kepada siapa sebenarnya anda selama ini meminta.
Rasa itu bukan tanda iman anda lemah. Ia tanda jiwa anda tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan alamatnya.
Dedikasi
Buat mereka yang pernah hilang dalam janji alam semesta, dan akhirnya sedar bahawa yang mereka cari bukanlah frekuensi positif.
Yang mereka cari adalah Allah.
Dan Allah tidak pernah pergi ke mana mana. Dia selalu di sini. Menunggu.
Halaman dedikasi, Tarik Dengan Takdir
Selama ini anda diajar menghantar niat kepada alam semesta. Buku ini membawa anda kembali kepada Yang mencipta alam semesta itu.
Empat belas bab membawa anda melalui satu perjalanan yang tersusun. Bermula dengan soalan siapa sebenarnya yang anda minta, kemudian kepada Tauhid, takdir, doa, nama nama Allah, sabar, pintu rezeki, dan akhirnya kepada janji Allah yang memang tidak perlu ditarik.
Anda akan belajar cara jiwa dan minda bekerja, tanpa perlu percaya bahawa minda anda tuhan. Anda akan belajar cara meminta tanpa rasa bersalah, dan cara menerima tanpa rasa kecewa.
Ini baru lapan daripada empat belas bab. Selebihnya menanti anda di dalam buku.
Ebook PDF